Followers

welcome

Friendster Layouts

PMD Tahun 4 2011

Pmd Tahun 4, 2011 Slideshow: Unit’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Shah Alam was created by TripAdvisor. See another Shah Alam slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Thursday 1 September 2011

Salam Merdeka Raya 2011

Salam lebaran dan Salam Merdeka

Tahun ini, kita dikurniakan dua sambutan yang jatuh dalam bulan yang sama, iaitu sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 30hb Ogos 2011 dan sambutan Hari Kebangsaan atau Ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-54 pada 31hb Ogos 2011 yang jatuh pada hari raya kedua.




Syukur kepada Allah kerana dengan limpah rahmat daripada sifat Ar-rahman dan Ar-rahim Illahi, kita masih lagi dikurniakan dengan keadaan negara yang aman damai. Dalam suasana menyambut hari lebaran yang dirayakan selama sebulan ini, kita sangat dituntut untuk bermaaf-maafan dan mengunjungi saudara-mara terdekat serta sahabat handai yang kadangkala sangat jarang berjumpa. Kesempatan yang ada inilah peluang tali silaturahim kembali kukuh terjalin dengan semangat baru dan dipupuk kemesraan berpanjangan.


Suasana sambutan lebaran bagi tahun 2011 juga dimeriahkan bersama keluarga harmoni rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Ketika umat Islam meraikan hari raya, kaum harmoni Malaysia yang terdiri daripada kaum Cina, India dan pribumi sabah sarawak turut serta bersama-sama bergembira menikmati keamanan dan kesejahteraan dalam keluarga berbilang bangsa di Malaysia. Kami mengucapkan selamat hari Kebangsaan ke 54 kepada seluruh warganegara Malaysia.


Guru-guru bimbingan dan kaunseling (GBKSM) di Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) SK Subang Bestari sangat teruja dengan kemeriahan Aidilfitri ini. Kami mendoakan warga SK Subang Bestari sentiasa dikurniakan hati yang jernih, berlapang dada dalam menghadapi kesukaran, serta bersatu dalam rintangan yang mendatang.


Kesempatan ini bersempena bulan baik dan mulia, warga GBKSM SKSB ingin memohon ampun dan maaf sekiranya disepanjang perkhidmatan kami di SK Subang Bestari terdapat cacat cela, kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan, kekurangan yang disebabkan faktor luar kawalan kami dan faktor kelemahan diri kami, serta tindakan-tindakan yang sedikit sebanyak menyinggung perasaan mahupun mengguris hati sesiapa sahaja di SK Subang Bestari secara sengaja atau tidak sengaja, sekali lagi dengan menyusun jari sepuluh kami memohon ampun dan maaf.


Guru-guru bimbingan dan kaunseling juga bersama-sama guru-guru SK Subang Bestari berharap semua murid-murid sentiasa menjaga keselamatan diri ketika meraikan sambutan hari raya. Kepada semua guru dan staf serta ibu bapa, kami di UBK mendoakan semoga sentiasa selamat pergi dan balik ketika pulang ke kampung halaman dan ketika menziarah saudara mara dan sahabat handai.

Semoga warga SK Subang Bestari terus bestari dan harmonis sesuai dengan motto dan slogan sekolah berilmu berakhlak dan berwawasan.

Salam ingatan dan tulus daripada Guru-guru Bimbingan & Kaunseling (Cikgu Malek Hasan, Cikgu Norazneen, Cikgu Noraziah, Cikgu Zalina dan Cikgu Jamal). Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.