Followers

welcome

Friendster Layouts

PMD Tahun 4 2011

Pmd Tahun 4, 2011 Slideshow: Unit’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Shah Alam was created by TripAdvisor. See another Shah Alam slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Tuesday 6 September 2011

Tips Bila Hampir Peperiksaan

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.


Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) hampir tiba, jika dilihat pada papan kiraan detik (countdown signboard) di papan siaran sekolah, angka tu sangat mengerikan bagi mereka yang sangat mementingkan tentang masa hadapan. Murid-murid yang memeikirkan masa hadapan dan mempunyai matlamat yang jelas pasti merasai angka yang tinggal tak seberapa tu tak cukup untuk melengkapkan diri dengan formula-formula matematik, fakta-fakta sains, sifir-sifir dan nota-nota penting yang perlu dibaca bagi persediaan sebelum menghadapi UPSR. Namun demikian dengan perancangan dan persediaan awal semenjak awal tahun, tumpuan dalam kelas serta ketekunan mengulangkaji pelajaran pasti sangat membantu dalam menghadapi UPSR. 


Dalam kehidupan seorang murid tahun enam, UPSR merupakan langkah pertama bagi meneruskan langkah-langkah kejayaan yang seterusnya. Bagi murid-murid yang masih leka, dibuai mimpi dan masih di awang-awangan, pasti tidak mengendahkan berkenaan penentuan masa hadapan yang sangat penting ini. Kelekaan dengan sibuk menghafal ayat-ayat dalam filem Gangster yang nak digunakan ketika bersama rakan-rakan yang lain pasti akan menjejaskan persediaan menghadapi UPSR. Keghairahan meniru aksi-aksi dalam filem-filem berunsur ganas dan samseng pasti membuat murid-murid hilang fokus dan tumpuan dalam menghadapi UPSR.


Walaubagaimanapun, UBK SKSB ingin berkongsi tips tips yang harus kita amalkan apabila peperiksaan hampir menjelang tiba. Tips-tips ini sangat berguna dan membantu murid-murid dalam menyiapkan diri untuk perjuangan dalam UPSR iaitu penentuan langkah hidup yang seterusnya.

1.Baiki hubungan dengan Allah
-Tunaikan solat dhuha
-Jaga solat
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa beribadah kepada Allah
-Peliharalah solat fardhu lima waktu
-Memperbanyakkan doa

2.Agar doa makbul-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan

contoh:
* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar
* Hari a\'rofat
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat

-Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih






3. Memperbaiki Hubungan dengan Manusia
-memohon ampun dan maaf kepada orang-orang yang pernah kita lakukan keslahan. Contohnya Ibu bapa, adik beradik, guru, kawan-kawan dan sebagainya
-sentiasa bermanis muka dan jernih hati untuk membantu rakan-rakan yang dalam kesusahan.


4. Sentiasa tidak membuang masa
-murid yang bijak adalah murid yang bijak menmanfaatkan masa dengan bijak
-sentiasa mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang  membantu dalam persediaan UPSR. Contohnya membaca nota ketika guru tiada dalam kelas, melakukan ulangkaji sendiri di rumah setelah pulang dari sekolah, melakukan soal balas bersama rakan di sekolah bagi membantu menyesuaikan diri dengan soalan peperiksaan, menyemak semula kertas-kertas peperiksaan lepas yang telah dihadapi seperti kertas-kertas soalan Ujian PKSR, Ujian topikal, set ujian percubaan dari sekolah lain dan sebagainya

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.